Monday 25 April 2011

SELAMAT DATANG KE SJKC SANN YUH

Gaji minimum akhir tahun 
Oleh Norfatimah Ahmad
tim@bharian.com.my
2011/06/15

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempengerusikan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-112 di Putrajaya, semalam.  Mesyuarat di Pejabat Perdana Menteri  di Bangunan   Perdana Putra yang bermula jam 10 pagi itu turut dihadiri beberapa menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Mesyuarat   itu bertujuan menyelaras pentadbiran antara negeri selain membincangkan pelbagai isu berbangkit.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempengerusikan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-112 di Putrajaya, semalam. Mesyuarat di Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra yang bermula jam 10 pagi itu turut dihadiri beberapa menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Mesyuarat itu bertujuan menyelaras pentadbiran antara negeri selain membincangkan pelbagai isu berbangkit.
Pelaksanaan selepas rang undang-undang majlis konsultasi diluluskan Parlimen 

SUBANG JAYA: Dasar kadar gaji minimum bagi pekerja berpendapatan rendah di negara ini dijangka dilaksanakan akhir tahun ini selepas penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri, berkata Rang Undang-Undang Majlis Konsultasi Gaji Negara 2011 akan dibentangkan Kementerian Sumber Manusia di Parlimen pada persidangan kali ini.

“Apabila diluluskan, majlis berkenaan akan ditubuhkan dan selanjutnya gaji minimum dapat dilaksanakan sebelum akhir tahun ini," katanya berucap pada majlis makan malam sempena Hari Pekerja 2011 anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di sini, malam tadi. 

Pada majlis yang pertama kali dihadirinya, Najib turut melancarkan portal aduan pekerja yang dibangunkan dengan kerjasama Pemuda UMNO, selain menyampaikan Anugerah Jasamu Dikenang kepada bekas Setiausaha Agung MTUC, G Rajasegaran. 

Najib berkata, menerusi majlis konsultasi itu, pelbagai isu berkaitan pekerja dapat dibentangkan dan dibincangkan untuk pertimbangan menteri seperti persaraan, usia persaraan, elaun saraan hidup dan pekerja asing. 

"Semua perkara ini wajar diperhalusi supaya keputusan yang dicapai mendatangkan kebaikan kepada semua pihak," katanya. 
Terdahulu, beliau berkata kehadirannya pada majlis itu sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada MTUC sebagai badan yang memayungi kesatuan sekerja di negara ini. 

"Saya percaya MTUC sebagai badan yang boleh memainkan peranan positif untuk menjaga kebajikan 12 juta pekerja di negara ini. Tahniah diucapkan kerana berjaya mentransformasikan negara ini daripada negara pertanian berpendapatan rendah kepada negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi dalam jangka masa satu generasi saja. 

"Sekarang, cabaran kita sebagai pekerja, majikan, kerajaan dan rakyat sama ada penjawat awam atau pekerja swasta adalah untuk menyumbang ke arah menjayakan transformasi negara kepada negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020," katanya. 

Sementara itu, Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan dalam ucapannya, turut meminta kerajaan mengkaji untuk memanjangkan pelaksanaan cuti bersalin selama 90 hari kepada sektor swasta. 

"Kebanjiran pekerja asing juga perlu dikaji puncanya kerana ia memberi kesan kepada pekerja tempatan yang bagaikan dipinggirkan, hingga 400,000 rakyat tempatan berhijrah untuk bekerja di luar negara," katanya. 

Turut hadir, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan; Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. 

INFO: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) 

  • Penetapan gaji minimum RM900 sebulan

  • 34 peratus daripada pekerja menerima gaji rendah iaitu di bawah garis kemiskinan 

  • Perjuangkan sejak 1999 

  • Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang menaungi 260 kesatuan sekerja 

  • Sehingga Disember 2010, 5.5 juta pekerja rasmi dalam sektor swasta di Malaysia.